Ini mungkin menjadi perjalanan yang tidak akan dilupakan oleh pengembara ini kerana dapat melihat keindahan fenomena alam semula jadi dengan begitu hampir.
Seorang penumpang kapal terbang, Melissa Rensen tidak menyangka ketika merakam pemandangan awam dari jendela tingkap pesawat yang dinaiki terhasil fenomena pembentukan sebuah pelangi yang amat cantik dan berwarna warni.
Wanita Kanada yang berusia 51 tahun ini pada mulanya hanya menyangka warna itu adalah kesan polarisasi cahaya matahari akhirnya percaya itu adalah pembentukan pelangi setelah melihat gambar pelangi yang dirakam.
Gambar yang dirakam menjadi gambar yang menarik untuk dikongsi bersama-sama keluarga dan rakan-rakannya.
Menurut Melissa, ketika gambar tersebut dirakam dia dalam perjalanan dari London ke Honduras.
Kagum betul melihat gambar yang dirakam Melissa seperti sebuah lukisan indah. - MYNEWSHUB.CC
ADS HERE !!!