Isu sebegini pastilah meninggalkan impak yang amat besar bukan sahaja kepada UAI tetapi juga keluarganya kerana ia melibatkan soal maruah.
Antara paling terkesan adalah isteri pertama UAI yang mesra digelar Ummi.
Berdasarkan status dimuat naik di Facebook, isu ini ternyata memberi pukulan hebat kepadanya dan keluarga.
Pemeriksaan kami mendapati terdapat dua status dimuat naik berkaitan isu kontroversi yang sedang menimpa UAI pada hari ini iaitu:
“Subhanallah..hebatnya ujian n dugaan yg kau berikan pd keluarga kami..tak tertanggung rsanya..ku mohon ya Allah agar kau tutupilah segala keaiban kami dan berilah kami kekuatan dlm menghadapi musibah ini..mekasih tak terhingga kpd yg sudi mendoakan..semoga Allah merahmati kita semua dunia n akhirat…aameen”
dan;
“Duhai hati…bykkanlah bersabar.yakinlah bahawa setiap apa yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..Àllah sebaik2 perancang .hanya pdMulah kami berserah dan kami mohon pertolongan….”
Kasihan pula membaca rintihan hati wanita ini.
Apatah lagi, baru tiga hari lalu dia berkongsi gambar-gambar bahagia di sisi UAI dan madunya ketika mereka berbulan madu di Cameron Highlands bersama-sama.
Apa pun, didoakan semoga kontroversi ini segera berakhir dengan kemenangan berada di pihak yang benar. Juga, semoga Allah SWT memelihara keaiban kita semua.. - mynewshub
ADS HERE !!!