Kejadian yang berlaku kira-kira 3 petang itu disedari oleh ibu mangsa selepas mendengar tangisan anaknya. Dia cuba merenggangkan besi namun tidak berjaya hingga akhirnya terpaksa meminta bantuan bomba.
Kanak-kanak lelaki tersebut yang berusia empat tahun dikatakan sedang meniti atas besi katil sebelum terjerlus dan lehernya tersangkut di celahnya.
Memetik petikan Harian Metro, Komander Operasi Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu Pegawai Bomba Kanan II Ibrahim Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3 petang dan tiba di lokasi 17 minit kemudian.
“Ketika sampai di lokasi, kanak-kanak lelaki berusia empat tahun sedang menangis kerana tersepit di antara besi katil dua tingkat dalam keadaan berdiri.
“Mangsa berjaya diselamatkan kurang 10 minit apabila anggota menggunakan Bolt Cutter untuk memotong besi katil,” katanya lagi. - MYNEWSHUB.CC
ADS HERE !!!