DUNGUN 18 OKT: Hari ini kita dikejutkan dengan satu berita salah seorang pelajar sebuah politeknik di Pasir Gudang, Johor yang mana kononnya dia terpaksa menempuh detik mencemaskan apabila nyaris menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia di Thailand.
Bagaimanapun berdasarkan maklumat terkini telah membongkarkan kisah sebenar kejadian dan dakwaan tersebut yang mana itu hanyalah satu cerita rekaan semata-mata.
Berdasarkan soaldesak yang baru selesai dijalankan sebentar tadi mendapati mangsa mempunyai masalah dengan pihak Politeknik kerana gagal menyiapkan beberapa tugasan (assignment). Setelah itu dia rangka jalan cerita dengan mengambil bas dari Johor dan turun di Dungun di mana dia mula melaksanakan rekaan cerita kena culik. - Siakapkeli.com
Laporan asal berbunyi:Assalamualaikum dan selamat petang YDH DS/Datuk2/Dato2/Tuan2.
Update kes penculikan di mana salah seorang mangsa dapat lepaskan diri di Dungun Terengganu.
Soaldesak yg baru selesai dijalankan sebentar tadi mendapati mangsa mempunyai masalah dgn pihak Politeknik kerana gagal menyiapkan beberapa assignment. Beliau rangka jalan cerita dgn mengambil bas dari Johor dan turun di Dungum di mana dia mula melaksanakan rekaan cerita kena culik.
Saya dan seluruh JSJ Terengganu mengucapkan jutaan terima kasih atas segala kerjasama dlm membantu JSJ Terengganu. Apa pun kisah di sebalik penipuan ini... kita telah" laksanakan the best for the worst situation/scenario"
TERIMA KASIH BANYAK.
ADS HERE !!!