Seluruh negara ternanti-nanti apa bakal diumumkan hakim Mahkamah Persekutuan.
Menjelang pengumuman keputusan, Anwar dan pengikut kini sibuk memperjuangkan keputusan agar memihak kepada mereka.
Banyak pertemuan, ceramah dan program dirangka untuk mengajak umum mempersoalkan keputusan mahkamah kelak jika ia tidak seperti diharapkan.
Salah seorang yang sibuk adalah Ketua Angkatan Muda keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad.
Bagi yang biasa mengikuti cara Nik Nazmi, pasti tahu beliau agak gemar bergurau ketika berucap.
Maka sempena isu Anwar-Saiful yang menjadi sebab utama ceramahnya semalam, Nik Nazmi cuba berlawak sesuai dengan isu tersebut.
Malangnya, lawak itu dilihat terlalu kelakar dan boleh memakan diri hingga menarik perhatian seorang pengguna Twitter untuk memuat naik kenyataannya sebagai status sebelum di-retweet semula oleh Nik Nazmi sendiri.
“Saya pun pernah bekerja dengan @anwaribrahim. Saya lagi “handsome” drpd saiful tapi tiada apa2 yang berlaku ! – demikian status Twitter maharaja lawak tersebut.
Tak perlu ulas apa-apa, cukuplah anda baca sendiri antara jawapan diterima daripada kenyataan ini.
– mynewshub.cc
ADS HERE !!!