Ketibaan pengantin lelaki, Tunku Ismail diiringi dengan ketibaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bersama Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.
Upacara pernikahan itu dijalankan kira-kira jam 10 pagi dan dilaksanakan oleh Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin selepas istiadat pertunangan dan majlis hantaran.
Persis cinderella, Cik Khaleeda yang berbusana putih tampak cantik dan sama padan diganding bersama Tunku Mahkota Johor, Tungku Ismail.
Majlis pernikahan ini turut disaksikan oleh keluarga, kenalan terapat dan beberapa pemain pasukan naungan Tunku Ismail, Johor Darul Takzim (JDT), seperti Aidil Zafuan dan Syafiq Rahim turut hadir di majlis tersebut.
Uniknya, pasangan diraja ini dinikahkan dengan konsep yang sederhana tetapi masih meriah adalah satu amalan yang boleh dipuji dan dicontohi.
Untuk makluman anda, istiadat merisik sudah berlangsung pada 27 September lalu diketuai oleh Tunku Idris, dan Cik Khaleeda menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang kepada Tunku Ismail.
Istiadat persandingan pula akan diadakan di Istana Besar Johor pada pukul 7.30 malam, 8 November ini dan bakal dihadiri kira-kira 1,200 tetamu.
Tahniah!! TMJ dan Cik Khaleeda, Semoga bahagia dan selamat melayari alam rumah tangga.- MYNEWSHUB.CC
ADS HERE !!!