Sebelum ini ada dah kes tudung kanak-kanak yang design nya gambar kartun princess yang seksi. Semalam admin terbaca post di media sosial tentang Gambar Telekung Kanak-Kanak Frozen. Bukan kah telekung ini pakaian untuk kita solat. Jadi kenapa perlu ada gambar?
Untuk lebih kepastian tentang hukum anda perlu rujuk SINI. Anda akan dapat persoalan tersebut.Rasanya jika kita ingin mendidik anak kita bersolat dari kecil pun pengeluar telekung tidak boleh mengambil kesempatan dengan 'print' animasi frozen pada telekung.
Rasanya seperti ada agenda tersendiri dalam mengeluarkan telekung frozen ini. Mohon jangan lah ada sesiapa yang membeli produk ini.
BOLEHKAH seseorang itu memakai baju mempunyai gambar binatang atau orang (sama ada kecil, besar, jelas atau tidak) ketika menunaikan solat. Segala pandangan yang ustaz berikan, saya sanjung tinggi untuk kebaikan bersama. Terima Kasih.
Khalid
Puchong, Selangor
JAWAPAN: Soalan ini sebenarnya termasuk di dalam satu perbincangan besar berkaitan dengan gambar. Terdapat satu hadis yang sahih di mana Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud, "Para malaikat tidak masuk rumah yang ada gambar" (Hadis sahih riwayat al-Imam al-Bukhari, No. 3224 dan juga al-Imam Muslim, No. 3938).
Berdasarkan hadis ini, sebahagian besar para ulama melarang daripada menyimpan gambar makhluk yang bernyawa di rumah termasuklah menyimpan dan memakai baju yang mempunyai gambar binatang atau orang.
Melukis gambar makhluk yang bernyawa seperti serangga, binatang dan orang adalah dilarang. Jika kita minat melukis, maka lukislah gambar makhluk yang tidak bernyawa seperti bukit bukau, kereta, rumah dan lautan serta langit.
Marilah kita memerhatikan riwayat ini; Said bin Abi al-Hasan berkata,
'Saya berada di sisi Ibn Abbas di mana seorang lelaki telah bertanya kepadanya, 'Wahai Ibn Abbas, saya adalah seorang lelaki yang mencari makan dengan kemahiran tangan dalam melukis gambar-gambar ini.' Jawab Ibn Abbas, 'Saya hanya akan menjawab dengan apa yang saya dengar daripada Rasulullah SAW iaitu, "Sesiapa yang melukis gambar maka Allah Azza wa Jalla akan mengazabnya pada hari kiamat sehinggalah dia meniupkan roh dalam gambar itu, namun dia tidak akan dapat berbuat demikian." Kata Sa'id, 'Mendengar jawapan itu, Lelaki tersebut amat-amat marah dan mukanya bertukar kuning. Melihat keadaannya, Ibn Abbas berkata, "Tidak guna engkau ini, kalau engkau hendak lukis juga, maka hendaklah engkau lukis pokok dan apa sahaja yang tiada roh" (Riwayat al-Imam Ahmad, No. 3266. Al-Imam Ahmad Syakir berkata: Sanadnya Sahih).
Riwayat ini jelas membezakan antara gambar makhluk yang bernyawa dan gambar makhluk yang tidak bernyawa. Islam tidak mengongkong, sebaliknya Islam memberi garis panduan.
Dengan itu, timbul satu persoalan lain iaitu adakah sah solat orang yang melaksanakan solat dengan memakai pakaian sebegitu rupa? Jawapannya ialah, sekiranya dia belum mengetahui hukum larangan memakai baju yang mempunyai gambar makhluk yang bernyawa seperti binatang atau orang, maka dia tidak berdosa.
Sebaliknya, jika dia telah pun mengetahui bahawa hukum berpakaian begitu adalah haram, namun dia tetap bersolat dengan pakaian itu maka solatnya sah namun dia berdosa. Dia tidak perlu mengulangi solatnya itu. Namun dia berdosa kerana melanggar larangan yang terdapat di dalam hadis-hadis yang dinyatakan di atas.
Perlulah dijelaskan di sini bahawa, jika keadaan memerlukan dan mendesak, maka hukum haram ini bertukar menjadi harus dan dibenarkan.
Contohnya ialah gambar kad pengenalan, gambar paspot, gambar penjenayah, gambar kad matrik pelajar dan pekerja, gambar aktiviti sebagai bukti dan sebagainya.
Semua ini dibenarkan kerana manusia amat memerlukannya. Semoga Allah mengampuni segala kesilapan kita.
ADS HERE !!!