|
Subsidi petrol RON95 dan diesel akan dihentikan mulai 1 Disember, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 November, 2014.
|
Semua subsidi untuk RON95 dan diesel akan dihentikan mulai 1 Disember kerana harga pasaran lebih rendah berbanding harga di pam, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek.
Ketika mengumumkannya pada sidang media hari ini, Hasan berkata harga jualan petrol RON95 dan diesel akan ditetapkan mengikut kaedah pengapungan terkawal.
Katanya, penetapan harga RON95 dan diesel pada 1 Disember bergantung pada harga pasaran minyak dunia sepanjang November.
"Ini bermakna, jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat. Begitu juga sebaliknya," katanya dalam sidang media hari ini.Harga runcit petrol RON95 kini ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.
ADS HERE !!!