Berdasarkan laporan bedah siasat ataupun post mortem ke atas pelajar bernama Ahmad Rafikin, dia meninggal dunia berpunca daripada lemas.
“Hasil bedah siasat menunjukkan mangsa lemas namun tidak terdapat kesan kecederaan serius pada anggota badan mangsa. Saya juga telah minta Pengarah Jabatan Perhutanan memberi penjelasan kerana kuasa membenarkan kawasan itu diadakan acara tersebut terletak di tangan mereka.
“Saya difahamkan trek itu tidak pernah digunakan sebelum ini.
Jadi bagaimana boleh diberikan kebenaran dan mengapa tahap keselamatan tidak dipertingkatkan oleh penganjur,” kata Timbalan Ketua Polis Hulu Terengganu, Rosli Mohd Amir.
ADS HERE !!!