Kuantan: Tindakan drebar ambulans memandu secara melawan arus di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) kelmarin seperti disebarkan dalam laman sosial bertujuan menyelamatkan nyawa seorang penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan.
Perkara itu dijelaskan Pengarah Jabatan Kesihatan Pahang Dr Zainal Ariffin Omar selepas menerima laporan mengenai kejadian itu, namun menegaskan siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi menilai kewajaran tindakan pemandu terbabit.
Beliau berkata, mengikut laporan awal diterima, pemandu ambulans Hospital Raub dikatakan sebelum itu dalam perjalanan pulang selepas menghantar pesakit ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH) Temerloh.
“Kira-kira lima kilometer dari Plaza Tol Karak, mereka ternampak satu kemalangan membabitkan motosikal dan orang ramai yang berada di tempat kejadian cuba meminta bantuan mereka,” katanya, semalam.
Menurutnya, pemandu ambulans berkenaan sudah melepasi lokasi kemalangan dan selepas membuat pertimbangan untuk menyelamatkan nyawa penunggang motosikal itu yang memerlukan rawatan segera, mereka berpatah balik ke lokasi kejadian.
- hmetro
ADS HERE !!!