KUALA LUMPUR 18 Nov. – Seorang lelaki berusia 50-an yang gambarnya tersebar dalam laman-laman sosial kerana disyaki membuli pemandu lain di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) berdekatan susur keluar ke Putrajaya semalam, ditahan malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supritendan Tan Ah Chua berkata, lelaki tersebut ditahan setelah polis bertindak atas maklumat daripada mangsa yang membuat laporan sejurus selepas kejadian. – UTUSAN ONLINE