Sebak hati ini melihat wajah Adik Ainul Fatini Zamri yang tinggal di Batu Lima Sik, Kedah yang sedang menghitung nasibnya takkala kanak-kanak lain seusianya sedang seronok bermain diluar sana.Adik Ainul Fatini Zamri anak keempat dari lapan adik beradik ini telah disahkan menghidapi kanser tulang tahap empat pada bulan mei lalu kini sudah tidak bermaya. Dari seorang pelajar yang ceria dan cemerlang beliau kini terlantar di rumahnya tidak bermaya dan menderita menahan sakitnya.
Kami di Siakapkeli sekali lagi bekerjasama dengan Puan Natipah iaitu seorang aktivis sukarela yang giat membantu orang ramai telah melawat adik Fatini di rumahnya.Luluh hati Puan Natipah melihat keadaan adik Fatini, sebagai seorang ibu beliau dapat rasakan apa yang di tanggung oleh ibu adik Fatini. Berikut adalah luahan hati beliau selepas sempat melawat adik Fatini."Sebaknya hati melihat dia sekejap bangun, sekejap duduk sambil mengaduh kesakitan. Duduknya tidak lagi sempurna seperti kita. Jika tidak ditongkat tangannya,dia akan rebah. Sesekali dia merintih pilu menahan sakit benjolan di belakang pinggulnya yang sudah mengandung nanah.Tidurnya juga tidaklah senyenyak insan lain kerana kesakitan yg teramat sangat.
Hari ini sedarlah saya betapa ganasnya KANSER. Menyerang tanpa mengira batas usia dan serangannya bagaikan ombak yg ganas di tengah samudera.Beratnya ujian Allah pada insan terpilih ini dengan meniti derita tanpa kasih seorang ayah. Ketika adik Fatini disahkan menghidapi kanser ini,ayahnya sudah berada dalam tahanan. Sampai hari ini,si ayah belum mengetahui anaknya sedang menderita sakit.
Allah Maha Pengampun, saya pasti hati seorang ayah pasti akan sedih jika tahu anaknya dlm keadaan begini. Saya juga cukup pasti,jauh di sudut hatinya dia amat merindui kasih dan belai manja seorang ayah apatah lagi dlm saat begini. Menatap sinar matanya...saya dapat menyelami betapa tabahnya dia...tidak pernah menyalahi takdir.
Landskap kehidupan keluarga malang ini berubah apabila ayahnya ditahan. Ibunya Siti Zainab Osman,37thn, memutuskan untuk berpindah dari Grik, Perak tempat tinggal mereka dahulu dan kembali ke Sik Kedah kerana tiada sesiapa lagi dapat dia bergantung harap di Grik setelah adik Fatini disahkan sakit.Hari ini mereka sdg mencari rumah sewa yg sesuai untuk memulakan kehidupan baru. Ibunya enggan berterusan menumpang di rumah saudara mara lagi. Apatah lagi dua kakak Fatini menjadi OKU akibat kemalangan.
Si ibu yg dulunya menoreh getah kini hanya mengaharapkan bantuan JKM yg tk seberapa. Sedangkan beliau memerlukan wang yg banyak utk berulang alik ke hospital. Saya dapat rasakan betapa dia sgt tertekan. Ketiadaan suami dan tempat tinggal yg tetap dalam keadaan anak yang sakit dan anak yang seramai lapan org ( 17- 2 thn) termasuk dua darinya OKU, bukanlah sesuatu yang mudah.
Puan Natipah memberi hadiah patung berunga kepada adik Fatini
Sebelum beredar pulang...kami telah menghadiahkan adik Fatini seekor patung beruang yg comel sbg penemannya yg sedang terlantar sepi dlm derita tanpa teman2 seusia utk bergurau senda."Subhannallah, sungguh berat ujian yang diterima oleh adik Fatini dan ibunya. Seorang ibu terpaksa bekorban untuk memelihara 8 orang anank dimana 3 orang daripadanya tidak sihat. Beliaulah ayah beliaulah ibu.Admin sempat bersembang dengan Puan Natipah dan perkara ini sungguh meruntun hati admin sendiri mendengar kata-katanya."Adik,tolonglah siarkan perkara ini, mungkin tiada cara untuk sembuhkan adik Fatini, tapi ukuplah sekadar mampu dia bagi hidup selesa saat sebelum akhir hayatnya atau sekurang-kurangnyanya nampu mencari ubat untuk mengurangkan penderitaannya tatkla meniti saat-saat akhir ni. Siapa tahu barangkali jauh di sudut hati dia ada impian terakhir yg mampu kita tunaikan, kak rasa umur adik Fatini sudah tidak lama."
Apapun Tuhan maha kaya, kita rakyat Malaysia marilah bersama-sama mendoakan semoga adik Fatini sembuh dan ada cara untuk mengubati penyakitnya.Untuk sesiapa yang ingin membantu adik Fatini melalui bantuan kewangan bolehlah berurusan sendiri dengan Puan Natipah Abu atau boleh menderma ke.552107-617521 MAYBANK.NATIPAH ABU .Sesungguhnya barakah itu rahsia Allah. Semoga dengan bantuan anda semua dapat meringankan penderitaan adik Fatini sebelum beliau menghadap yang Maha Esa.-Siakapkeli.com.my
ADS HERE !!!