Sekali pandang tiada siapa akan menyangka Indigo Nowakowsky-Kaiuha baru sahaja berusia 10 bulan. Ini kerana dia memiliki susuk tubuh persis kanak-kanak 5 tahun.
Malah disebabkan tubuhnya yang besar berbanding bayi normal, Indigo sekarang terpaksa dipakaikan ibunya baju kanak-kanak usia 6 hingga 8 tahun dan lampin dewasa.
Penjelasan di sebalik berat badan luar biasa dimiliki Indigo adalah penyakit kecacatan pertumbuhan yang dihidapinya.
Dilahirkan seberat 4.8 kilogram, dalam masa tiga bulan sahaja berat Indigo bertambah secara drastik hingga perlu memakai baju kanak-kanak usia setahun.
Ibunya Tiffany Nowakowsky berkata, selepas dilahirkan Indigo dibawa pulang dalam keadaan sihat namun apabila berat badannya bertambah terlalu drastik dia menyedari ada sesuatu tak kena.
Telahannya benar apabila ketika berusia 5 bulan bayinya disahkan mempunyai sindrom Beckwith-Wiedemann.
Sindrom yang boleh menimpa sama ada secara warisan genetik mahu pun rawak ini biasanya mula menyerang ketika mangsa masih bayi dan boleh dikesan daripada peningkatan mendadak dari segi berat dan tinggi, pembesaran sesetengah organ dalaman dan saiz lidah. Ia juga meningkatkan risiko bayi diserang kanser.
Kini pada usia 10 bulan, berat Indigo sudah mencecah 25kg membuatkannya terpaksa didudukkan atas kerusi khas manakala majoriti kereta tolak bayi tidak mampu menampung dirinya.
Saiz Indigo membuatkan dia menjadi tumpuan setiap kali dibawa keluar dan rata-rata masyarakat sukar untuk memahami mengapa dia menjadi ‘bayi gergasi’.
Nowakowsky berkata, walaupun selain saiz Indigo mengalami pertumbuhan seperti bayi normal lain namun anaknya mengalami kesukaran kerana pergerakan terbatas.
Disebabkan saiz luar biasa Indigo tidak dapat baring tanpa sokongan di bawah tilam kerana jika tidak, berat badannya akan menekan paru-paru membuatkannya mengalami kesukaran bernafas.
Walaupun paling bongsu badan Indigo lebih besar berbanding abangnya Shade 6, dan Devon, 4.
Disebabkan itu juga dua abang Indigo iaitu Shade 6, dan Devon, 4, tidak dapat menjalani aktiviti yang biasa dilakukan oleh adik beradik lain dan mesti diingatkan selalu bahawa meskipun adik mereka besar namun tidak boleh berkasar dengannya.
Doktor memberitahu pembesaran luar biasa Indigo mungkin berakhir sebaik dia mencecah 8 tahun namun tiada jaminan pasti sebesar mana saiz badannya ketika itu.
Selain kos untuk kunjungan rutin ke klinik bagi pemeriksaan kanser, penyakit Indigo membuatkannya perlu menukar pakaian baru dalam masa singkat.
Juteru keluarganya kini menyimpan wang untuk membeli kereta lebih selesa untuk memuatkan kerusi membawa Indigo yang semakin membesar, selain sedia menerima bantuan berupa pakaian untuknya. - MYNEWSHUB.CC
ADS HERE !!!