MENGAPA PEHA BESAR? | Bagi kaum perempuan, peha besar bagaikan satu ‘mimpi ngeri’. Jadi, kebanyakan perempuan cuba sedaya upaya untuk mengecilkan bahagian tersebut. Memandangkan peha besar ini sering kali menjadi isu masalah kepada penampilan seorang perempuan.
Tetapi, sebelum mulakan misi menurunkan serta mengecilkan bahagian peha, apa kata ketahui dahulu 4 punca mengapa peha lebih besar berbanding orang lain. Mengapa peha besar?
1) TERLALU BANYAK DUDUK
Tidak banyak bersenam dan bergerak boleh menyebabkan peha kamu semakin berisi. Bukan itu sahaja, terlalu banyak menghabiskan masa dengan duduk juga boleh memberi kesan yang ‘tidak cantik’ di bahagian peha. Ini kerana, apa bila kamu dalam posisi duduk peha akan semakin mengembang. Jadi, apabila kamu tidak bergerak atau bersenam ia akan membuatkan lebih banyak lemak terkumpul di bahagian tersebut malah membuatkan peha kamu mengelebih dan tidak pejal.
2) SALAH PILIH JENIS SELUAR
Konsepnya sama seperti memakai ‘corset’. Lebih ketat lebih padat. Sama seperti seluar dan peha. Jika kamu pakai seluar yang jenis memeri atau strectable seperti palazo, peha mempunyai peluang untuk terus mengembang dan berubah bentuk tanpa di sedari. Jadi, tidak hairanlah mengapa peha kamu semakin besar dan melebar.
3) KETURUNAN
Cuba perhatikan bentuk badan ahli keluarga kamu. Jika ibu atau kakak kamu mengalami masalah yang sama itu tandanya kamu mewarisi genatik peha besar. Ini menunjukan peluang untuk kamu miliki peha yang kurus agak tipis. Namun, jika di iringi dengan azam dan semangat yang kuat besar kemungkinan kamu dapat kecapi apa yang di idamkan bukan?
4) BENTUK TUBUH
Jangan risau, memiliki peha yang besar tidak bermaksud kamu memang gemuk dan mempunyai masalah dalam mengawal berat badan. Sebenarnya, bentuk badan juga menentukan saiz peha milik kamu. Contoh bentuk badan seperti buah pear atau potongan A.
sumber : viralbest
ADS HERE !!!