KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 17 Februari ini untuk mendengar permohonan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan kerajaan bagi membatalkan saman yang difailkan seorang murid lelaki penghidap dyslexia berhubung kebocoran kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Hakim Datuk Rosnaini Saub menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri Peguam Kanan Persekutuan, Zureen Elina Mohd. Dom mewakili LPM dan kerajaan serta peguam Nurul Najmi Adila yang bertindak bagi pihak murid lelaki itu.
Pada 19 November tahun lalu, LPM dan kerajaan yang dinamakan sebagai defendan memfailkan permohonan untuk membatalkan saman K. Mangala Bhavani, ibu kepada Ananda Krishnan Menon, 13, selaku plaintif atas alasan saman itu tidak mendedahkan apa-apa kuasa tindakan yang munasabah selain merupakan satu tindakan yang mengaibkan, memprejudiskan dan suatu penyalahgunaan proses mahkamah.
Pada 13 Oktober lalu, ibu kepada murid itu memfailkan saman berkenaan bagi pihak anaknya yang mendakwa defendan cuai dalam mengendalikan kertas peperiksaan UPSR tahun lepas sehingga menyebabkan anak lelakinya perlu menduduki semula ujian bagi beberapa mata pelajaran.
Dalam pernyataan tuntutan, murid Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail 2 itu mendakwa defendan gagal melaksanakan satu sistem selamat bagi memastikan tidak berlaku kebocoran kertas soalan. - Bernama
Kosmo
ADS HERE !!!