Berikut adalah kisah yang menyedihkan mengenai seorang anak muda yang berhasrat untuk membantu mangsa banjir di Kelantan.
Remaja dari Gombak bersama rakannya itu telah terbunuh kerana motorsikal yang dinaikinya terbabas di Lebuhraya Pantai Timur berhampiran tol Cheneh, Kemaman.
Remaja yang terbunuh dikenali sebagai Amirul Syazri Shah manakala rakannya bernama Fajrul Iman yang merupakan anak yatim piatu cedera ringan.
Berikut adalah cerita yang disampaikan oleh Zulhafiz Ismail
Dalam perjalanan misi bntuan ke Kelantan,sekitar jam 9pagi td selepas memasuki plaza tol cheneh, kemaman ,menemui sebuah moto baru terbabas .Kelihatan Seorang terduduk menahan sakit dan menemui seorang lagi terlentang diluar penghadang lebuhraya dan kedua2 mereka dibantu dan diajarkan mengucap.
Segera menghubungi ambulan dan tiba 20 minit kemudian.Setelah dicek, sorang dr mereka telah kembali ke rahmatullah.
Apa yang mengharukan , arwah amirul syazri azlan shah dan fajrul iman berumur 19 tahun datang dari gombak untuk membantu mangsa banjir di Kelantan dengan membonceng motosikal. Iman pula anak yatim piatu dan sempat mengirimkan salam buat Tuan Guru Nik Aziz.
Kelihatan ditepi jalan penyapu dan baju turut dibawa.Pada topi juga ada stiker "jihad jalan kami, shahid citq-cita kami".Betapa murninya niat dan bersungguhnya mereka.
Moga ganjaran shahid buat arwah dan ditempatkan dikalangan orang beriman.Moga-moga juga adik iman kembali sembuh.
Sumber : Facebook Zulhafiz Ismail
Al Fatihah
ADS HERE !!!