|
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia Hashim Adnan berkata kadar elaun guru besar sebanyak RM100 itu tidak berubah sejak kali terakhir dinaikkan pada tahun 2001. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Januari, 2015. |
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) meminta Kementerian Pendidikan mengkaji semula kadar elaun guru besar sekolah rendah yang tidak selari dengan kos sara hidup semasa.
Presidennya Hashim Adnan berkata kadar elaun guru besar sebanyak RM100 itu tidak berubah sejak kali terakhir dinaikkan pada tahun 2001, yang bertujuan menggalakkan mereka melaksanakan tanggungjawab pengurusan sebagai pentadbir di sekolah dengan lebih berkesan.
Bagaimanapun, ketiadaan kenaikan kadar elaun itu menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan guru besar, katanya hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan seorang guru dari Pahang yang disiarkan dalam ruangan surat pembaca sebuah akhbar harian, hari ini.
Guru itu, yang namanya tidak didedahkan, berkata elaun guru besar sebanyak RM100 sebulan jauh berbeza berbanding elaun warden asrama sebanyak RM240 sebulan yang menguruskan bilangan murid lebih kecil berbanding sebuah sekolah.
Hashim mencadangkan kenaikan elaun kepada RM200 diberi kepada guru besar-guru besar berkenaan. – Bernama, 21 Januari, 2015.
-sumber : Malaysianinsider
ADS HERE !!!