Dalam status di Facebook yang agak panjang lebar itu, Ismail Embong mengulas satu artikel yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar berkaitan komen Zizan Razak berkenaan kemelut yang melanda keluarga mereka melibatkan Chacha Maembong.
Namun, terselit beberapa ayat yang berbunyi amaran kepada Zizan Razak dari Ismail Embong berkenaan hubungannya dengan Emma Maembong dengan berkata beliau hanya mahukan orang yang milik Allah sahaja dalam keluarga dan bukan milik masyarakat.
“Milik masyarakat adalah spesis yang terkutuk kerana masyarakat terdiri daripada pelbagai watak termasuk sampah bangsa & agama. Dan diletakkan diri kita lebih rendah dari itu? Dimiliki masyarakat, bukan Allah?” tulis Ismail Embong.
ADS HERE !!!