Kami tidaklah pandai mahu menafsir luahan perasaan manusia di Instagram namun selepas baca beberapa kali apa yang disampaikan oleh penyanyi Alyah melalui akaun sosial beliau sebentar tadi, seakan ada yang tidak kena dalam kehidupannya kini.
Dalam status terbaru Alyah petang ini, penyanyi itu mengirimkan ayat berbaur pertanyaan tentang perngorbanan beliau selama ini yang seakan tidak cukup terhadap seorang individu.
Jika bercakap tentang soal cinta, pastinya semua tahu yang Alyah merupakan isteri kepada Datuk Ramli MS sejak lebih setahun yang lalu. Adakah status penuh tanda tanya ini ditujukan buat suaminya itu dan hubungan mereka kini dalam masalah?
“Kalau tidak pernah mencintai saya kenapa perlakukan saya sebegini. Tak cukup lagi pengorbanan yang saya lakukan?” memetik sebahagian tulisan Alyah.
Kalau benar ada masalah dalam rumahtangga, ada baiknya jika diselesaikan sesama suami isteri tanpa membawa perkara ini ke laman sosial dan seterusnya menjadi spekulasi. Kami doakan yang baik baik sahaja buat Alyah & Datuk Ramli MS. (rtky/m)
ADS HERE !!!