Melihatkan kepada kebahagiaan Zain Saidin dan juga Rozita Che Wan serta penampilan dirinya yang juga mementingkan kesihatan, pelakon ini telah terpilih sebagai duta kepada salah satu jenama ubat seks di pasaran.
Menurut Zain, dia berharap dengan adanya produk tersebut ia dapat membantu mengurangkan masalah rumah tangga yang mungkin berpunca daripada masalah kesihatan batin serta perceraian yang berpunca daripada masalah berkenaan.
“Saya tidak rasa jadi duta produk ini sesuatu yang memalukan kerana realitinya masalah dingin hubungan kelamin sememangnya berlaku yang mana ada pasangan mempunyai masalah terhadap kesihatan batin mereka”
“Pada saya ia bertujuan baik untuk menyelamatkan rumah tangga seseorang seterusnya ia mungkin dapat mengurangkan kadar perceraian di negara ini,” katanya sambil menganggap perkara tersebut sebagai rezeki selepas berkahwin dan juga rezeki anaknya.
Selain itu, Zain juga turut menyatakan rasa gembira di atas penghijrahan isterinya yang kini sudah berhijab penuh. (rtky/syfq)
ADS HERE !!!