Mungkin berniat untuk meluahkan perasaannya beberapa hari lalu, isteri kedua kepada Ashraf Muslim, Wan Sakinah telah berkongsi sekeping gambar dengan kata-kata di Instagram miliknya. Dalam maksudnya bunyi gambar tersebut.
“Semua yg terjadi telah tertulis. Samada anda memilih untuk bahagia atau derita, semuanya terpulang kepada anda. Jangan biar orang lain pengaruhi kehidupan kita. Allah sudah berikan nikmat kepada saya, suami yang mencintai & anak yg sihat. Alhamdulillah”
“Jadi kenapa saya mesti tunduk kepada manusia yang membenci saya? Kepada isteri kedua sekalian, memang kita tiada tempat yang istimewa dihati perempuan diluar sana. Tak kire la kahwin kat Malaysia atau Thailand,” jelasnya di dalam Instagram.
Kami lihat perkara sebegini mungkin dapat menjawab persoalan peminat mahu pun individu di luar sana yang ingin mengetahui perasaan sebenar isteri kedua kepada pelakon ini. Pada pengamatan kami, pengalaman Sakinah untuk melalui perkara tersebut bukanlah sesuatu yang mudah. Apa kata anda? (rtky/syfq)
ADS HERE !!!