Calon diminta untuk menghuraikan konsep dan takrifan bagi Kegiatan Ekonomi secara umum. Jumlah markah pada bahagian ini adalah berjumlah 5 Markah. Sila sertakan fakta, huraian serta contoh untuk mendapat markah penuh.
Konsep Dan Takrifan Kegiatan Ekonomi Tugasan PT3 Geografi
Kegiatan Ekonomi boleh didefinisikan sebagai aktiviti individu yang boleh mendatangkan hasil pendapatan serta menjana sumber kewangan. Dalam erti kata lain, Kegiatan ekonomi boleh didefinisikan sebagai kegiatan manusia yang boleh mendatangkan nilai dan pendapatan (1 Markah). Kegiatan ekonomi utama di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga sektor antaranya adalah sektor Primer, Sekunder dan Sektor Tertier (1 Markah). Contoh Sektor sekunder meliputi aktiviti pertanian, perikanan, perhutanan/ pembalakan dan perlombongan (1 Markah). Manakala sektor sekunder merangkumi perindustrian seperti aktiviti pengeluaran atau pengilangan (1 Markah). Sektor tertier pula merangkumi Pelancongan, Pendidikan, Perdagangan, Pengangkutan dan kewangan (1 Markah).
Jumlah Markah: 5 Markah
ADS HERE !!!