Identiti pelawak kasanova yang dikatakan meminta gambar lucah dari wanita melalui aplikasi perbualan telefon masih hangat diperkatakan. Sebelum ini juga tersebar gosip bahawa pelawak tersebut tidak menghadiri majlis ABPBH 2014 sebelum ini kerana berada di Indonesia untuk urusan kerja.
Apa yang mengejutkan ialah, sewaktu berada di sana, pelawak itu didakwa telah masuk ke sebuah kelab eksklusif yang terkenal dengan aktiviti pelacuran kelas atasan Indonesia pada waktu malam dan hanya keluar dari situ pada jam 3.00 pagi.