Seorang wanita yang sarat mengandung cemas selepas dia secara tidak sengaja melahirkan anaknya ketika mahu membuang air besar di sebuah tandas awam di sini. Lebih mencemaskan lagi, bayi itu terus masuk ke dalam lubang tandas jenis tradisional berkenaan dan terperangkap di tempat takungan najis. Tandas itu jenis tradisional yang biasa terdapat di China dan hanya dilengkapi lubang serta tempat menakung najis.
Wanita berkenaan yang panik melihat bayinya terjatuh di dalam lubang tandas segera meminta bantuan orang ramai yang kemudiannya menghubungi bomba. Satu rakaman video yang disiarkan sebuah stesen televisyen tempatan menunjukkan seorang anggota bomba masuk ke bawah lubang tandas berkenaan. -AP
Lihat video di
SINI
ADS HERE !!!