Kerajaan Malaysia menggesa semua pihak yang terbabit supaya menghormati proses undang-undang dan keputusan penghakiman hari ini yang mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya oleh Mahkamah Persekutuan di Putrajaya.
Seorang jurucakap kerajaan Malaysia berkata: "Hakim-hakim berkenaan membuat keputusan mereka hanya setelah menimbang semua bukti secara berimbang dan objektif."
"Dalam kes ini, semua proses dilaksanakan dengan lengkap dan komprehensif yang memakan masa beberapa tahun. Proses itu kini selesai dan kami menyeru semua pihak terbabit supaya menghormati proses undang-undang dan keputusan penghakiman," kata jurucakap itu menerusi kenyataan tiga perenggan di sini, hari ini.
Kenyataan itu sebagai mengulas tentang rayuan akhir Anwar yang diketepikan Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, apabila Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang menganggotai panel lima hakim, menyampaikan penghakiman hari ini.
Anwar didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih di Bukit Damansara, di sini pada 26 Jun, 2008.
Dalam penghakiman semalam Mahkamah telah mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
SUMBER : FB Lu Langsi Lu Mati - BN vs PR (Ratu Naga)
ADS HERE !!!