Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sah menjadi presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2017-2021.
Perkara itu diumumkan oleh setiausaha agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin pada Kongres ke-53 FAM yang bermula 10.15 pagi di sini, hari ini.
Sah TMJ Presiden FAM. TMJ diumum menang jawatan presiden FAM tanpa bertanding selepas mendapat sokongan semua perwakilan, kata beliau dipetik Bernama.
“Dengan penarikan diri Tan Sri Annuar Musa, saya mencadangkan Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk menang tanpa bertanding,” kata beliau.
Sah TMJ Presiden FAM
Cadangan berkenaan mendapat sokongan daripada semua perwakilan sebelum Hamidin mengumumkan jawatan itu sah milik Tunku Ismail.
Sah TMJ Presiden FAM. Annuar, penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), menarik diri daripada pertandingan satu lawan satu bagi jawatan presiden, 48 jam sebelum kongres bermula. - fmt